Nilai, 21.03.2018 – Seramai 29 orang kakitangan akademik telah menghadiri Taklimat Penggunaan Sistem Pengurusan Akademik iCGPA yang telah diadakan di Makmal Komputer FEM. Bengkel ini diadakan bagi tujuan memberi pendedahan kepada peserta berkaitan Sistem Pengurusan Akademik iCGPA. Di samping itu dapat meningkatkan kesedaran dan kefahaman peserta tentang kepentingan integrasi ilmu naqli dan aqli dalam penyediaan kursus.

Panel jemputan yang berpengalaman iaitu Dr. Hishamuddin Abdul Wahab dan Pn. Faeza Ramlay telah di jemput untuk membimbing serta berkongsi ilmu dengan peserta.