Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) melalui Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Universiti (JKPU) Bil. 7/2018 pada 6 Mac 2018 telah bersetuju meluluskan pengukuhan dan penjajaran struktur dan fungsi beberapa Pusat Tanggungjawab (PTj) yang diantaranya dengan menubuhkan PTj baharu iaitu Pusat Jaminan Kualiti, Dasar dan Kecemerlangan Akademik (QAPEX) berkuatkuasa mulai 16 April 2018.

Kemudian Lembaga Pengarah Universiti melalui Mesyuarat LPU Bil 1/2020 yang bersidang pada 27 Februari 2020 telah bersetuju dengan penubuhan Pusat Kecemerlangan Pengajaran Dan Pembelajaran (CETL) yang mana dua daripada fungsi bahagian di QAPEX pada ketika itu telah dimasukkan untuk fungsi di CETL. Sehubungan dengan penubuhan CETL, nama QAPEX telah dijenamakan kepada Pusat Jaminan Kualiti (CQA) berkuatkuasa 10 Februari 2021 melalui kelulusan Mesyuarat JKPU Bil. 6 Tahun 2021.

Penubuhan CQA adalah untuk merealisasikan objektif penubuhan pusat yang berfokus kepada pemerkasaan kualiti berkaitan dengan tadbir urus dan kualiti akademik iaitu selaras dengan struktur organisasinya yang diletakkan dibawah Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa). Pada masa ini, CQA diterajui oleh Prof. Madya Dr. Azwani Sofia Ahmad Khiar, Pensyarah Fakulti Sains dan Teknologi sebagai Pengarah yang dilantik mulai 1 Januari 2021.

Kualiti, Konstruktif dan Komprehensif

Memperkasakan budaya kualiti untuk merealisasikan falsafah USIM.

Bertekad menjadi pusat pengurusan kualiti yang bersistematik dan dinamik bagi menghasilkan warga USIM yang berkepemimpinan berpandukan Qalbu sejahtera.

  1. Membudayakan kualiti secara menyeluruh dalam ekosistem Universiti
  2. Memperkasakan agenda Integrasi Ilmu Naqli dan Aqli untuk kesejahteraan insan
  3. Membangunkan kelompok bakat ahli akademik secara konsisten
  4. Membangun dan melaksanakan dasar bagi mencapai kecemerlangan akademik
  5. Memastikan jaminan kualiti akademik dan akreditasi memenuhi standard semasa