Pusat Jaminan Kualiti, Dasar dan Kecemerlangan Akademik bertekad dalam memberi kefahaman kepada semua warga USIM dan masyarakat awam mengenai Integrasi Ilmu Naqli & Aqli (iNaQ). Kursus ini telah diadakan dalam pelbagai peringkat termasuk antarabangsa.

Sehingga kini, 3 modul kursus telah diperkenalkan iaitu:

  • Kursus Pengenalan Integrasi Ilmu Naqli & Aqli
  • Kursus Pengantar Usul Fiqh
  • Kursus Pengantar Qawaid Fiqhiyyah

Setiap modul adalah berbeza mengikut sasaran peserta.

Takwim Kursus Modul iNaQ Akan Datang
0
KURSUS PENGENALAN INAQ YANG TELAH DIJALANKAN SEHINGGA 2017
0
ORANG PESERTA KURSUS PENGENALAN INAQ SEHINGGA 2017
0
KURSUS PENGANTAR USUL FIQH AKAN DIADAKAN PADA 2018
0
KURSUS PENGANTAR QAWAID FIQHIYAAH AKAN DIADAKAN PADA 2018
  • Kursus Pengenalan iNaQ FPSK & FPg

    Nilai, 28-29.03.2018 – Seramai 53 orang kakitangan FPSK dan FPg telah menghadiri Kursus Pengenalan iNaQ yang telah diadakan di Bilik Kuliah Al-Quds, FPg. Kursus selama dua hari ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta berkaitan asas integrasi ilmu naqli & aqli di USIM. Di samping itu dapat meningkatkan kesedaran dan kefahaman peserta tentang kepentingan  pelaksanaan integrasi ilmu naqli dan aqli di USIM. Seramai 6 orang panel jemputan yang berpengalaman telah di jemput termasuk Prof. Madya Dr. Mohd Rushdan Mohd Jailani, Pengarah Pusat Pengembangan Integrasi Ilmu Naqli dan Aqli (PIINA) untuk membimbing dan berkongsi ilmu kepada peserta.

  • Kursus Pengenalan iNaQ Staf Pentadbiran

    Nilai, 14-15.02.2018 – Seramai 39 orang kakitangan Pentadbiran USIM telah menghadiri Kursus Pengenalan iNaQ yang telah diadakan di Galeri HEP. Kursus selama dua hari ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta berkaitan asas integrasi ilmu naqli & aqli di USIM. Di samping itu dapat meningkatkan kesedaran dan kefahaman peserta tentang kepentingan  pelaksanaan integrasi ilmu naqli dan aqli di USIM. Seramai 6 orang panel jemputan yang berpengalaman telah di jemput termasuk Encik Muhamad Haizuan Rozali, Pendaftar, USIM untuk membimbing dan berkongsi ilmu kepada peserta.

  • Kursus Pengenalan iNaQ FPQS, Tamhidi, FPBU, PPT

    Nilai, 07-08.02.2018 – Seramai 31 orang kakitangan FPQS, Tamhidi, FPBU, PPT telah menghadiri Kursus Pengenalan iNaQ yang telah diadakan di Bilik Seminar FPQS. Kursus selama dua hari ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta berkaitan asas integrasi ilmu naqli & aqli di USIM. Di samping itu dapat meningkatkan kesedaran dan kefahaman peserta tentang kepentingan  pelaksanaan integrasi ilmu naqli dan aqli di USIM. Seramai 6 orang panel jemputan yang berpengalaman telah di jemput termasuk Prof. Madya Dr. Mohd Rushdan Mohd Jailani, Pengarah Pusat Pengembangan Integrasi Ilmu Naqli dan Aqli (PIINA) untuk membimbing dan berkongsi ilmu kepada peserta.

  • Kursus Pengenalan iNaQ FEM, FKP, FSU, KPI

    Nilai, 22-23.01.2018 - Seramai 28 orang kakitangan FEM, FKP, FSU, KPI telah menghadiri Kursus Pengenalan iNaQ . Kursus selama dua hari ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta berkaitan asas integrasi ilmu naqli & aqli di USIM. Di samping itu dapat meningkatkan kesedaran dan kefahaman peserta tentang kepentingan  pelaksanaan integrasi ilmu naqli dan aqli di USIM. Seramai 6 orang panel jemputan yang berpengalaman telah di jemput termasuk Prof. Dato’ Dr. Muhammad Muda untuk membimbing serta berkongsi ilmu dengan peserta.

  • 3rd International Conference on Qalb Quided Leadership

    AKEPT, 6.12.2017 - AKEPT dengan kerjasama PIINA telah menganjurkan 3rdInternational Conference  on Qalb-Guided Leadership in Higher Education Institution. Persidangan ini telah dihadiri oleh pelbagai latar belakang peserta dari dalam dan luar negara.