29 Jun 2022, Bangi – Pusat Jaminan Kualiti (CQA) USIM telah mengadakan Bengkel Semakan Dokumen, Bahagian Pengurusan Kualiti Dan Pentadbiran (BPKP), Pusat Jaminan Kualiti (CQA) pada 29 Jun 2022 di Bangi Resort Hotel dengan disertai seramai lima (5) orang staf BPKP, CQA.

Bengkel ini diadakan dengan tujuan membangun, menyemak dan menambahbaik dokumen berkaitan Pensijilan ISO 900:2015, MS 1900, MS 1900:2014, ISO/IEC 27001 (ISMS), membangunkan fail digital BPKP dan sumbangsaran penambahbaikan kerja dan fungsi BPKP.