Audit Dalaman Bersepadu (ADaB) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) 2026 telah berlangsung pada 7 hingga 18 September 2026, melibatkan 13 Pusat Tanggungjawab (PTJ) dengan penglibatan seramai lapan (8) orang Ketua Juruaudit dan 19 orang Juruaudit. Audit ini merangkumi skop Sistem Pengurusan Kualiti (QMS) berdasarkan ISO 9001:2015, Sistem Pengurusan Kualiti berasaskan keperluan MS 1900:2014 serta Sistem Pengurusan Maklumat (ISMS) berdasarkan ISO/IEC 27001:2022
Pelaksanaan ADaB 2026 bukan sekadar menilai tahap pematuhan terhadap standard yang ditetapkan, malah menjadi platform untuk mengenal pasti peluang penambahbaikan dan memperkukuh keberkesanan sistem pengurusan di PTJ terlibat. Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan CQA bersama seluruh warga USIM dalam membudayakan kualiti, memperkukuh tadbir urus dan memacu kecemerlangan universiti secara berterusan.
