28 Mei 2025 – Bahagian Pengurusan Kualiti telah mengadakan satu sesi taklimat bertempat di Bilik Mesyuarat Utama FKP bertujuan untuk menyelaraskan kaedah pengiraan objektif kualiti proses pengajaran dan pembelajaran iaitu nisbah staf akademik dengan pelajar serta membincangkan kaedah pengumpulan dan analisis maklum balas pelajar bagi meningkatkan keberkesanan penyampaian akademik. Taklimat ini disasarkan kepada Penyelaras Kualiti Fakulti/Pusat. Melalui taklimat ini, diharapkan semua pihak dapat memahami dan melaksanakan pengiraan nisbah serta pengurusan maklum balas pelajar dengan lebih sistematik dan berkesan.