18 APRIL 2022
USIM telah menerima Lawatan Penilaian Akreditasi Sementara dari Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) bagi program Doktor Ortodontik pada 18 April 2022 di Fakulti Pergigian USIM. Delegasi Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) diketuai oleh Prof. Dr. Rohaya Megat Abd Wahab bersama Prof. Madya Dr. Aida Nur Ashikin Abdul Rahman, Dr Arjuna Muthusamy, Prof. Madya Dr. Noraini Abu Bakar, dan pegawai Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) Puan Nur Atiqah Abdul Rahman dan Puan Aini Rashidah Mohamad Termizi.
Proses penilaian ini memerlukan panel penilai menjalankan tugas-tugas seperti menyemak dan menilai dokumen asal, melawat fasiliti serta kemudahan dalam kampus, mengadakan temu bual dengan pihak pengurusan, staf akademik dan pelajar serta pemerhatian proses pengajaran dan pembelajaran.. Lawatan bermula dengan Mesyuarat Pembukaan dari Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) USIM YBhg. Prof. Dr. Mohd Radhi Ibrahim.