8 – 9 NOVEMBER 2022
USIM telah menerima Lawatan Penilaian Akreditasi Penuh dari Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) bagi program Sarjana Muda Kaunseling dengan Kepujian pada 8 – 9 November 2022 di Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP) . Delegasi Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) diketuai oleh Prof. Dr. Fatimah Yusooff bersama Dr. Edris Aden dan pegawai Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) Encik Muhammad Isa Bin Elias
Proses penilaian ini memerlukan panel penilai menjalankan tugas-tugas seperti menyemak dan menilai dokumen asal, melawat fasiliti serta kemudahan dalam kampus, mengadakan temu bual dengan pihak pengurusan, staf akademik dan pelajar serta pemerhatian proses pengajaran dan pembelajaran.. Lawatan bermula dengan Mesyuarat Pembukaan dari Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) USIM YBhg. Prof. Dr. Mohd Radhi Ibrahim.