10 Julai 2023– Pusat Jaminan Kualiti (CQA) terdiri daripada 10 orang kakitangan telah mengadakan lawatan penanda aras ke Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) yang lalu. Objektif lawatan ini adalah untuk mendapatkan perkongsian ilmu dan pengalaman daripada IPQ UUM dan SQM UniMAP khususnya dalam pengurusan kualiti pentadbiran dan akademik secara lansung menjadikan CQA USIM menjadi sebuah jabatan yang  dinamik dan relevan dalam pembangunan sistem pengurusan kualiti Universiti.