2 MEI 2024 – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah mengadakan Lawatan Penanda Aras ke USIM untuk mendapatkan perkongsian ilmu dan pengalaman khususnya dalam Sistem Pengurusan Kualiti berasaskan Syariah MS 1900:2014. Program ini telah diadakan di Bilik Seminar Ibn Masud, Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah (FPQS) dan seramai 11 orang delegasi dari JAIS yang terlibat sepanjang lawatan ini.