Nilai, USIM :- Pada 09/03/2016 – 10/03/2016 seramai 22 orang kakitangan akademik telah menghadiri Kursus Reka Bentuk Kurikulum Berteraskan Outcome Based Education (OBE) – Peringkat 1 . Kursus ini diadakan bagi tujuan memberi pendedahan kepada peserta berkaitan asas pembentukan kurikulum yang berteraskan output serta membantu peserta dalam penyediaan rangka kursus (course outline) yang berteraskan OBE. Di samping itu dapat meningkatkan kesedaran dan kefahaman peserta tentang kepentingan integrasi ilmu naqli dan aqli dalam penyediaan rangka kursus.
Panel jemputan dalaman yang berpengalaman iaitu Prof. Madya Dr. Azwani Sofia Binti Ahmad Khiar, Profesor Madya, FST telah di jemput untuk membimbing serta berkongsi ilmu dengan peserta..