26-27 Jun 2024 – Kursus Pengendalian Dokumentasi Berkesan Dan Elemental Risiko Untuk Pengawal Dokumen ISO 9001:2015 telah dilaksanakan di Bilik Mesyuarat Utama FPBU. Seramai 30 orang peserta yang terdiri dari pegawai dokumen USIM telah menyertai kursus ini. Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk meningkatkan kemahiran dalam membangunkan prosedur kerja dan penilaian risiko.