Nilai, USIM :- Pada 16/11/2016 seramai 12 orang kakitangan Fakulti Sains dan Teknologi telah menghadiri Kursus Pengenalan iNaQ . Kursus ini diadakan bagi tujuan memberi pendedahan kepada peserta berkaitan asas integrasi ilmu naqli & aqli di USIM. Di samping itu dapat meningkatkan kesedaran dan kefahaman peserta tentang kepentingan pelaksanaa integrasi ilmu naqli dan aqli di USIM.

Panel jemputan dalaman yang berpengalaman iaitu Prof. Dato’ Dr. Muhammad Muda, Prof. Madya Dr. Adnan Mohamed Yusoff, Dr. Mahyuddin Hashim telah di jemput untuk membimbing serta berkongsi ilmu dengan peserta.