Nilai, USIM :-  Pada 31/10/2016 seramai 39 orang kakitangan Fakulti Perubatan Dan Sains Kesihatan dan Fakulti Pergigian telah menghadiri Kursus Pengenalan iNaQ . Kursus ini diadakan bagi tujuan memberi pendedahan kepada peserta berkaitan asas integrasi ilmu naqli & aqli di USIM. Di samping itu dapat meningkatkan kesedaran dan kefahaman peserta tentang kepentingan  pelaksanaa integrasi ilmu naqli dan aqli di USIM.

Panel jemputan dalaman yang berpengalaman iaitu Prof. Dato’ Dr. Muhammad Muda, Dr. Mohd Khairul Nizam Zainan Nazri, Dr. Mahyuddin Hashim telah di jemput untuk membimbing serta berkongsi ilmu dengan peserta..