Nilai, 22-23.01.2018 – Seramai 28 orang kakitangan FEM, FKP, FSU, KPI telah menghadiri Kursus Pengenalan iNaQ . Kursus selama dua hari ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta berkaitan asas integrasi ilmu naqli & aqli di USIM. Di samping itu dapat meningkatkan kesedaran dan kefahaman peserta tentang kepentingan pelaksanaan integrasi ilmu naqli dan aqli di USIM.
Seramai 6 orang panel jemputan yang berpengalaman telah di jemput termasuk Prof. Dato’ Dr. Muhammad Muda untuk membimbing serta berkongsi ilmu dengan peserta.