Nilai, USIM :- Pada 24/5/2017 seramai 43 orang kakitangan FEM, FKP, FSU telah menghadiri Kursus Pengenalan iNaQ . Kursus selama dua hari ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta berkaitan asas integrasi ilmu naqli & aqli di USIM. Di samping itu dapat meningkatkan kesedaran dan kefahaman peserta tentang kepentingan pelaksanaa integrasi ilmu naqli dan aqli di USIM.
6 orang penceramah jemputan berpengalaman iaitu telah di jemput termasuk Prof. Dato’ Dr. Muhammad Muda, Naib Presiden Akademik UIM untuk membimbing serta berkongsi ilmu dengan peserta..