Bangi, 29-30.01.2018- Seramai 48 orang kakitangan JAKIM telah menghadiri Kursus Outcome Based Education(OBE) yang telah diadakan di Institus Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bangi. Kursus ini diadakan bagi tujuan memberi pendedahan kepada peserta berkaitan asas pembentukan kurikulum yang berteraskan output serta membantu peserta dalam penyediaan rangka kursus (course outline) yang berteraskan OBE. Di samping itu dapat meningkatkan kesedaran dan kefahaman peserta tentang kepentingan integrasi ilmu naqli dan aqli dalam penyediaan rangka kursus.
Panel jemputan dalaman yang berpengalaman iaitu Prof. Madya Dr. Azwani Sofia dan Profesor Madya Dr. Mohd Zalisham telah di jemput untuk membimbing serta berkongsi ilmu dengan peserta..