Nilai, 25-26.04.2018 – Objektif kursus ini adalah untuk memberikan kefahaman kepada kakitangan akademik berkenaan konsep dan metodologi dalam melaksanakan program case research. Selain itu dapat meningkatkan kemahiran dan keperluan kakitangan akademik dalam mengenal pasti masalah dan kaedah penyelesaiannya semasa mengimplimentasi case research dan melahirkan kakitangan akademik yang mahir dalam menyediakan pelan tindakan dan kertas cadangan yang berkualiti untuk case research. Tambahan pula, kursus pada kali ini dibuat sedikit pembaharuan dengan diterapkan konsep Integrasi Ilmu Naqli & Aqli (iNaQ)
Kursus ini telah diadakan di Bilik Jamuan VIP, FKP. Panel jemputan dalaman yang berpengalaman iaitu Yg. Bhg. Prof. Dr. Zainal Abidin Bin Mohamed dari Fakulti Ekonomi & Muamalat telah di jemput untuk membimbing serta berkongsi ilmu dengan peserta.