1-2 November 2022, Nilai- Seramai 30 orang telah menghadiri Kursus Juruaudit Kualiti Dalaman ISO 9001:2015 yang telah diadakan di Galeri Canselori. Kursus selama 2 hari ini bertujuan untuk memantapkan peserta dengan kemahiran yang diperlukan bagi mengendalikan pendekatan yang sistematik dan berkesan semasa Audit Kualiti Dalaman USIM.