23-24 Oktober 2023 – Seramai 38 orang telah menghadiri Kursus Juruaudit Audit Kualiti Dalaman ISO 9001:2015 yang telah diadakan di Lounge,Aras 6, Bangunan Canselori. Kursus selama 2 hari ini bertujuan untuk memantapkan peserta dengan kemahiran yang diperlukan bagi mengendalikan pendekatan yang sistematik dan berkesan semasa Audit Kualiti Dalaman USIM. Kursus ini telah dikendalikan oleh konsultan luar yang telah dilantik oleh urusetia.