29-30 Ogos 2022,  – Pusat Jaminan Kualiti (CQA) USIM telah mengadakan Kursus Juruaudit Audit Dalaman ISO 27001:2013 Pengurusan Sistem Keselamatan Maklumat (ISMS) bertempat di Galeri Canselori. Objektif utama kursus ini adalah untuk memantapkan peserta dengan kemahiran yang diperlukan bagi mengendalikan audit yang berkesan. Seramai 25 orang menghadiri kursus ini.