25 Julai 2024 – Kursus Juruaudit Syariah ini telah diadakan bertempat di Bilik Mesyuarat Utama SCIROSH, Aras 3, Bangunan Canselori. Seramai 6 orang peserta yang mempunyai latar belakang kelulusan dalam bidang pengajian islam dan pengajian Syariah telah menghadiri kursus ini. Objektif utama kursus ini adalah untuk memantapkan peserta dengan kemahiran yang diperlukan bagi mengendalikan audit MS ISO 1900: 2014 dengan pendekatan yang berkesan semasa Audit Dalaman Bersepadu (ADaB) Tahun 2024.