30 – 31 Julai 2024 – Bahagian Pengurusan Kualiti dan Pentadbiran (BPKP), telah melaksanakan Kursus Juruaudit bagi SKOP ISO/IEC 27001:2022 (ISMS) sebagai salah satu persediaan Audit Dalaman Bersepadu (AdaB) Tahun 2024. Objektif utama kursus ini adalah untuk memantapkan peserta dengan kemahiran yang diperlukan bagi mengendalikan audit ISO/IEC 27001: 2022 dengan pendekatan yang berkesan semasa Audit Dalaman Bersepadu (ADaB). Seramai 15 orang peserta telah menghadiri kursus ini.