Nilai, 12.03.2018 – Kursus Induksi Penyelidikan telah diadakan Galeri, Canselori USIM dengan kerjasama antara Pusat Pengurusan Penyelidikan (PPP) dan Pusat Pengembangan Integrasi Ilmu Naqli & Aqli (PIINA). Seramai 40 orang kakitangan Akademik USIM telah menghadiri kursus ini. Kursus ini bertujuan untuk mendedahkan pengetahuan berkaitan penyelidikan daripada para pakar yang dijemput khas kepada pensyarah USIM.