24/02/2016 – 25/02/2016, Nilai, USIM :-  PIPP telah menganjurkan Kursus Asas Pembudayaan Problem Based Learning (Tahap 1) bagi tujuan menilai isu-isu dan cabaran-cabaran yang berkaitan dengan PBL, mengaplikasikan kemahiran menyelesaikan dan prosedur penilaian dalam PBL, menerapkan fasilitasi dan pengawasan kemahiran dalam sesi PBL, menunjukkan kebolehan untuk mengintegrasikan PBL dalam kurikulum serta memberi pendedahan mengenai tugas dan tanggungjawab dalam kelas PBL.

Kursus ini dihadiri seramai 16 orang peserta yang terdiri daripada Kakitangan Akademik USIM. Kursus selama 2 hari ini di adakan di Bilik Seminar, Jabatan Keselamatan dan dikendalikan oleh panel jemputan dalaman yang berpengalaman iaitu En. Mohammad Noorizzuddin Bin Nooh, Pensyarah FEM telah di jemput untuk membimbing serta berkongsi ilmu dengan peserta.