12 Januari 2022, Nilai – Pusat Jaminan Kualiti telah mengadakan Bengkel Transisi Kod Pendidikan Nasional (NEC 2010 kepada NEC 2020) kepada semua Timbalan Akademik (Akademik dan Antarabangsa), Penyelaras Kualiti dan Penolong Pendaftar (Akademik) Fakulti bagi memberi penerangan berkenaan transisi perubahan kod NEC-2010 kepada NEC-2020 kepada semua Fakulti/Pusat kerana perubahan ini akan berkuatkuasa 01 Januari 2022 dan memberi latihan dan bimbingan berkenaan rujukan penggunaan kod ini mengikut bidang sesuatu program pengajian.