26 Oktober 2022, Nilai- Pusat Jaminan Kualiti (CQA), USIM telah mengadakan Bengkel Pengemaskinian Dokumen SPK ISO 9001:2015 (Skop Perkhidmatan Korporat dan Pendidikan Tinggi). Tujuan bengkel ini diadakan untuk memastikan setiap Ptj di dalam skop Perkhidmatan Pendidikan Tinggi dan Perkhidmatan Korporat mempunyai dokumen yang lengkap bagi memenuhi keperluan ISO 9001:2015 dan MS 1900:2014 serta memberikan kefahaman kepada peserta terutama dalam dimensi baharu pengurusan kualiti yang berasaskan kepada pengurusan risiko.