20 Julai 2022, Bangi – Pusat Jaminan Kualiti (CQA) USIM telah mengadakan Bengkel Pembangunan Laman Web pada 20 Julai 2022 dengan disertai seramai sembilan (9) orang staf CQA.
Bengkel ini diadakan bagi tujuan memastikan laman web CQA dapat dibangunkan, disemak dan dikemaskini dari masa ke semasa, memperkasa penyampaian informasi perkhidmatan melalui laman web dan meningkatkan kemahiran dengan mempraktikan teori pembangunan laman web.