16 April 2025 –  Audit pensijilan semula yang dijalankan oleh Jabatan Standard Malaysia ke atas Makmal Institut Fatwa dan Halal (IFFAH), USIM telah berlangsung dengan lancar dan teratur. Audit ini bertujuan untuk menilai tahap pematuhan makmal terhadap keperluan piawaian MS ISO/IEC 17025:2017 serta memastikan sistem pengurusan makmal kekal berkesan dan relevan. Secara keseluruhan, audit menunjukkan bahawa makmal IFFAH mengekalkan tahap pematuhan yang tinggi terhadap keperluan teknikal dan pengurusan serta beberapa cadangan penambahbaikan telah dikemukakan bagi memperkukuh lagi sistem sedia ada. Audit ini telah disertai oleh tiga orang Juruaudit dari Jabatan Standard.