3-5 Oktober 2023 – Audit Dalam ISMS telah berlangsung selama 3 hari yang melibatkan 12 buah Pusat Tanggungjawab. Mesyuarat Pembukaan dan Penutupan Audit ini telah dipengerusikan oleh YBhg. Prof. Dato’ Ts. Dr.Sharifudin Md Shaarani Naib Canselor USIM. Audit ini telah diketuai oleh 3 Ketua Juruaudit, 6 Juruaudit dan 9 orang Juruaudit Pelatih.