26 Ogos hingga 1 Oktober 2024 – Audit Dalaman Bersepadu (ADAB) 2024 Universiti Sains Islam Malaysia telah dilaksanakan dengan jayanya melibatkan pelbagai pusat tanggungjawab. Audit ini merangkumi skop ISO 9001:2015, MS 1900:2014 dan ISO/IEC 27001:2022. Pelaksanaan audit telah meningkatkan tahap pematuhan, memperkukuh budaya penambahbaikan berterusan serta mempertingkat kecekapan juruaudit dalaman. Secara keseluruhan, program ini berjaya mencapai objektifnya dalam memastikan keberkesanan sistem pengurusan universiti secara menyeluruh.