10 – 11 MAC 2025- Institut Fatwa dan Halal (IFFAH), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah melaksanakan Audit Dalaman Akreditasi Makmal meliputi skop Nucleic Acid bagi tahun 2025 sebagai langkah persediaan menghadapi audit akreditasi semula oleh badan pengiktirafan. Audit ini dijalankan mengikut piawaian MS ISO/IEC 17025:2017, yang menekankan kecekapan teknikal dan kebolehpercayaan hasil ujian makmal. Audit yang berlangsung selama dua hari bermula 10 hingga 11 Mac 2025 ini melibatkan semakan menyeluruh terhadap aspek pengurusan sumber, kompetensi personel, pengendalian peralatan, serta dokumentasi teknikal dan rekod ujian. Pasukan juruaudit dalaman yang dilantik telah menjalankan audit secara objektif dan telus.