TAKLIMAT PELUPUSAN FAIL DAN REKOD DI PUSAT JAMINAN KUALITI (CQA)

Pusat Jaminan Kualiti, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah menganjurkan Taklimat Pelupusan Fail dan Rekod bertujuan meningkatkan kefahaman serta kesedaran tentang prosedur pengurusan dan tatacara pelupusan fail dan rekod.

Taklimat ini telah disampaikan oleh Encik Lukman Anwar Arifin, Ketua Seksyen, Seksyen Multimedia, Arkib dan Pemuliharaan, Bahagian Perkhidmatan Maklumat, Jabatan Perpustakaan, USIM. Beliau telah berkongsi panduan serta memberikan penerangan berhubung proses pelupusan fail dan rekod selaras dengan Akta Arkib Negara 2003 (Akta 629) dan Garis Panduan Pengurusan Rekod dan Fail USIM yang berkuat kuasa.

Melalui sesi ini, kami telah didedahkan dengan kaedah pengurusan rekod secara sistematik termasuk pengkelasan, tempoh simpanan, proses pelupusan serta prosedur kelulusan rasmi. Penganjuran taklimat ini diharap dapat membantu dalam melaksanakan pengurusan pelupusan fail dan rekod dengan lebih efisien, berintegriti dan menepati keperluan perundangan serta amalan tadbir urus yang baik.