2 MEI 2025 – Bengkel Perkongsian Amalan Terbaik Jaminan Kualiti Akademik telah diadakan bertempat di Bilik Mesyuarat Pusat Jaminan Kualiti (CQA). Bengkel ini bertujuan untuk mengukuhkan pemahaman tentang pelaksanaan amalan baik penjaminan kualiti yang boleh diserap dalam hala tuju ke arah menjadi universiti berstatus swa-akreditasi serta berkongsi maklumat dan penilaian terhadap penggunaan kaedah laporan penilaian kendiri program bagi memantapkan kualiti program akademik.