7 Mei 2024 –  Bahagian Jaminan Kualiti Akademik dan Akreditasi (AQAD) telah mengadakan Bengkel Kod Amalan Akreditasi Program (COPPA) Versi 2.0 selama satu (1) hari yang bertempat di Bilik Seminar, Fakulti Pengajian Bahasa Utama, USIM. Bengkel ini telah disampaikan oleh penceramah jemputan, En Kamarul Bakri Abdul Aziz daripada MQATC.

Bengkel yang disertai oleh seramai 20 orang peserta terdiri daripada kalangan Penyelaras Kualiti dan Ketua Program ini bertujuan untuk memberikan pemahaman yang lebih mendalam berkaitan keperluan kualiti program pengajian berdasarkan kepada dasar dan panduan yang ditetapkan oleh pihak MQA.