10-11 Jun 2024 – Pusat Jaminan Kualiti telah membuat lawatan penanda aras di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan Swinburne University of Technology Kuching, Sarawak. Tujuan lawatan ini adalah untuk berkongsi pengalaman berkaitan sistem pengurusan kualiti dan akreditasi akademik serta input-input yang diperolehi dapat dijadikan panduan oleh CQA untuk membuat penambahbaikan dalam meningkatkan sistem pengurusan kualiti dan akreditasi akademik di USIM.