NILAI, 13.04.2018 – Satu perjumpaan telah diadakan buat julung kalinya bagi semua kakitangan Pusat Jaminan Kualiti, Dasar dan Kecemerlangan Akademik (QAPEX) sempena penubuhan Pusat Tanggungjawab (PTj) baru di  USIM. Pusat ini mempunyai seramai 14 orang kakitangan dan diketuai oleh Prof. Madya Dr. Mohd Rushdan bin Mohd Jailani sebagai Pengarah. Penubuhan pusat ini adalah untuk menyelaraskan dan menggabungkan beberapa PTj lain di bawah satu pusat bagi menambahbaik urusan pentadbiran universiti. QAPEX terdiri daripada empat bahagian iaitu Bahagian Pengurusan Kualiti dan Pentadbiran, Bahagian Integrasi Ilmu Naqli dan Aqli, Bahagian Dasar dan Kecemerlangan Akademik, dan Bahagian Jaminan Kualiti dan Akreditasi.