Penganjuran Sambutan Hari Kualiti dan Inovasi USIM Tahun 2019 bertujuan untuk memperkuatkan amalan nilai-nilai budaya kualiti dan inovasi di USIM. Disamping itu ia juga bertujuan memberi pengiktirafan dan memperbaharui komitmen pekerja serta pihak pengurusan kepada usaha-usaha ke arah peningkatan kualiti dan inovasi.

Pertandingan The Amazing Race
31 Oktober 2019
8 PAGI
KOMPLEKS SUKAN TUNKU NAJIHAH USIM

SYARAT PERTANDINGAN:

    1. Penyertaan adalah terbuka kepada warga USIM;
    2. Setiap PTj digalakkan untuk menghantar satu penyertaan (Satu PTj satu penyertaan)
    3. Pendaftaran adalah secara berkumpulan iaitu 5 orang satu kumpulan;
    4. Format pertandingan adalah mengikut kepantasan setiap kumpulan dalam meyelesaikan setiap tugas yang telah diberikan;
    5. Setiap kumpulan hendaklah menggunakan kereta sendiri sebagai medium pergerakan dalam melaksanakan tugasan di setiap check-point;
    6. Borang penyertaan perlu dikemukakan kepada pihak urus setia (QAPEX) sebelum/pada 23 Oktober 2019 (Rabu) selewat-lewatnya jam 5.00 petang kepada urus setia di:

Pusat Jaminan Kualiti, Dasar dan Kecemerlangan Akademik
Aras 1, Bangunan Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP),
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

atau emailkan kepada mjamil@usim.edu.my

7. Keputusan Jemaah Panel Penilai Pertandingan The Amazing Race @ HKI adalah muktamad

HADIAH PERTANDINGAN:

Hadiah menarik menanti pemenang iaitu:

  • Tempat Pertama: Wang tunai bernilai RM1000.00
  • Tempat Kedua: Wang tunai bernilai RM700.00
  • Tempat Ketiga: Wang tunai bernilai RM500.00
  • Saguhati : Hadiah bernilai RM 100.00 x 5
PENDAFTARAN DITUTUP

 

PERTANDINGAN IDEA KREATIF SEMPENA HARI KUALITI DAN INOVASI USIM

SYARAT PERTANDINGAN:

  1. Penyertaan adalah terbuka kepada warga USIM;
  2. Setiap PTj digalakkan untuk menghantar satu penyertaan;
  3. Idea kumpulan hendaklah merupakan idea yang belum dijalankan di peringkat USIM;
  4. Skop pertandingan: Pentadbiran/Inovasi/Kualiti/Perubahan Sikap;
  5. Semua kumpulan perlu mempersembahkan idea kreatif mereka dengan mengambil kira kriteria-kriteria berikut:
BIL KRITERIA PENERANGAN & ASPEK YANG DINILAI
1. Kreativiti Idea yang diperkenalkan hendaklah idea yang asli
2. Penyelesaian Masalah Idea yang dapat menyumbang kepada penyelesaian masalah seperti cara bekerja yang lebih cekap, cepat, tepat dan mudah serta  meningkatkan produktiviti hasil kerja organisasi
3. Hubungan idea dengan kelestarian/ penyelidikan dan sumbangan kepada komuniti Wujud hubungan idea dengan kelestarian/ penyelidikan dan sumbangan kepada komuniti
4. Replicability  Idea boleh diguna pakai oleh agensi-agensi dan pihak-pihak lain secara terus atau dengan diubahsuai mengikut keperluan
5 Potensi perlaksanaan/ boleh dikomersialkan Terdapat potensi idea untuk dilaksanakan dan dikomersilkan
6 Signifikan/ Sumbangan Idea ·      Kepada Universiti

·      Kepada Masyarakat

    1. Penggunaan komputer adalah digalakkan;
    2. Masa persembahan projek kumpulan adalah dihadkan kepada 10 minit, iaitu 7 minit untuk persembahan dan 3 minit untuk sesi soal jawab;
    3. Setiap kumpulan diwakili minimum tiga (3) orang dan maksimum lima (5) ahli sahaja;
    4. Pihak penganjur berhak menolak penyertaan dari mana-mana kumpulan yang tidak layak mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan. Keputusan pemilihan kumpulan-kumpulan untuk menyertai pertandingan oleh penganjur adalah muktamad;
    5. Tarikh tutup penyertaan ialah sebelum/pada 25 Oktober 2019;
    6. Borang penyertaan perlu dikemukakan kepada pihak urus setia (QAPEX) sebelum/pada 25 Oktober 2019 (Jumaat) selewat-lewatnya jam 5.00 petang kepada urus setia di:

Pusat Jaminan Kualiti, Dasar dan Kecemerlangan Akademik
Aras 1, Bangunan Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP),
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

atau
hantar melalui email kepada: sarehan@usim.edu.my/ zaima@usim.edu.my

7.Keputusan Jemaah Panel Penilai Pertandingan Idea Kreatif terhadap persembahan kumpulan adalah muktamad.

HADIAH PERTANDINGAN:

 Hadiah menarik menanti pemenang iaitu:

Tempat Pertama: Wang tunai bernilai RM500.00
Tempat Kedua: Wang tunai bernilai RM300.00
Tempat Ketiga: Wang tunai bernilai RM200.00

BORANG PENDAFTARAN

AKTIVITI HARI KUALITI DAN INOVASI 2019