Unit Pentadbiran dan Pengurusan Latihan

Unit ini menjalankan Pengurusan Pentadbiran dan Pengurusan Latihan yang meliputi perkara-perkara berikut :-

1. Pengurusan sistem fail dan rekod
Meliputi proses pembukaan dan penutupan fail serta perekodan surat keluar dan masuk.

2. Pengurusan mesyuarat
Mengendalikan urusan mesyuarat pentadbiran dan yang berkaitan dari segi merekod penggunaan bilik mesyuarat, perancangan sebelum mesyuarat, pelaksanaan semasa dan tindakan selepas mesyuarat.

3. Pengurusan modal insan
Mengurus perkara berkaitan permohonan perjawatan, rekod cuti, sasaran kerja tahunan (SKT@eSekata), pengurusan prestasi (ePrestasi), anugerah staf contoh dan pemantauan kehadiran bekerja.

4. Pelaksanaan dan penyelarasan rekod kursus/latihan untuk kakitangan PIINA
Menganjurkan kursus/latihan dalaman atau sesi perkongsian ilmu untuk staf dan menyelaras serta memantau rekod kehadiran dalam sistem MyTrams bagi memenuhi keperluan Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor Awam (DLSMSA).

5. Penyelenggaraan peralatan pejabat
Mengurus dan mengawasi penyelenggaraan alatan pejabat seperti mesin fotostat, faksimili, penyaman udara (split unit) dan lain-lain harta modal dan inventori.

6. Pengurusan dokumen kualiti – Manual Prosedur Kerja(MPK) dan Fail Meja (FM)
Menyediakan dokumen MPK dan FM serta membuat semakan sekurang-kurang sekali setahun.

7. Penerbitan buletin dan pengemaskinian laman web
Menerbitkan buletin jabatan bersama sidang redaksi sekali setahun dan menyelaras pengemaskinian laman web jabatan dengan web master sekurang-kurangnya dua bulan sekali.

8. Pengurusan belanjawan
Membuat perancangan bajet mengurus jabatan, pengagihan mengikut vot dan unit serta pemantauan perbelanjaan bulanan.

9. Pengurusan aset dan inventori
Menguruskan perolehan aset dan inventori, proses pendaftaran, pergerakan/ peminjaman dan penyelenggaraan.

10. Pengurusan stor unit bekalan pejabat
Memastikan stok bekalan pejabat di stor unit mencukupi mengikut keperluan pentadbiran.

11. Pembelian keperluan bekalan pejabat
Menguruskan pembelian bekalan pejabat untuk keperluan kursus/latihan dan pentadbiran.

12. Pengurusan panjar wang runcit
Menguruskan tuntutan panjar wang runcit.

13. Permohonan pesanan rasmi dan penyediaan daftar bil (pembayaran)
Memproses permintaan pesanan rasmi dan menyediakan daftar bil untuk pembayaran.

14. Program dan latihan
Merancang dan mengadakan latihan/ kursus/ bengkel

* Untuk mendapat maklumat lanjut sila hubungi :
Encik Muin Bin Yahaya, Penolong Pendaftar Kanan di talian sambungan : 88197