Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) Kementerian Pendidikan Malaysia sedang melaksanakan penilaian penarafan SETARA-2019 yang mengukur kualiti IPT bertaraf universiti dan kolej universiti di Malaysia. Selain daripada penilaian ke atas komponen penyelidikan, pengajaran dan pembelajaran serta perkhidmatan di Universiti, sebuah Soal Selidik Students Satisfaction Index (SSI-QULEX) akan dilaksanakan bagi mendapatkan pandangan dan maklum balas para pelajar tentang pengalaman pembelajaran di Universiti. SSI-QULEX akan berlangsung selama 2 minggu mulai 15 hb Jun 2020 . Borang kajiselidik akan diedarkan kepada para pelajar yang telah dipilih dalam tempoh tersebut secara online. Diharap penyertaan para pelajar dapat menjayakan kajiselidik ini dengan sempurna disamping menyumbang ke arah peningkatan penarafan SETARA-19 USIM.