USIM bertekad dalam memberi kefahaman kepada semua warga USIM dan masyarakat awam mengenai Penyelidikan dan Inovasi mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh USIM. Penganjuran kursus ini adalah dengan kerjasama Pusat Pengurusan Penyelidikan & Inovasi (PPPI). Kursus ini juga diadakan dalam pelbagai peringkat termasuk antarabangsa.

Sehingga kini, 5 modul kursus telah diperkenalkan iaitu:

  • Kursus Induksi Penyelidikan & Inovasi
  • Leadership Module In Research & Innovation
  • Leadership Module In Writing & Publication
  • Leadership Module In Commercialisation
  • Leadership Module In Entrepreneurship

Kursus Induksi Penyelidikan merupakan kursus wajib bagi pensyarah lantikan tahun 2015 ke atas yang masih dalam tempoh percubaan untuk pengesahan jawatan.

Takwim Kursus Modul (ERT) Akan Datang
0
MODUL DALAM KURSUS INDUKSI PENYELIDIKAN
0
TAHUN DIPERKENALKAN KURSUS INDUKSI PENYELIDIKAN
0
JUMLAH KURSUS INDUKSI PENYELIDIKAN YANG TELAH DIJALANKAN
  • Leadership Module in Writing & Publication – Part 2

    Nilai, 02-03.04.2018 – Leadership Module in Writing & Publication – Part 2 telah diadakan dengan kerjasama antara Pusat Pengurusan Penyelidikan (PPP) dan Pusat Jaminan Kualiti, Dasar dan Kecemerlangan Akademik (QAPEX). Kursus ini bertujuan untuk mendedahkan pengetahuan berkaitan penulisan dan penerbitan daripada para pakar yang dijemput khas kepada pensyarah USIM.

  • Leadership Module in Writing & Publication – Part 1

    Nilai, 17-18.04.2018 - Leadership Module in Writing & Publication - Part 1 telah diadakan dengan kerjasama antara Pusat Pengurusan Penyelidikan (PPP) dan Pusat Jaminan Kualiti, Dasar dan Kecemerlangan Akademik (QAPEX). Kursus ini bertujuan untuk mendedahkan pengetahuan berkaitan penulisan dan penerbitan daripada para pakar yang dijemput khas kepada pensyarah USIM. 

  • Kursus Induksi Penyelidikan 2018

    Nilai, 12.03.2018 - Kursus Induksi Penyelidikan telah diadakan Galeri, Canselori USIM dengan kerjasama antara Pusat Pengurusan Penyelidikan (PPP) dan Pusat Pengembangan Integrasi Ilmu Naqli & Aqli (PIINA). Seramai 40 orang kakitangan Akademik USIM telah menghadiri kursus ini. Kursus ini bertujuan untuk mendedahkan pengetahuan berkaitan penyelidikan daripada para pakar yang dijemput khas kepada pensyarah USIM.

  • KURSUS INDUKSI PENYELIDIKAN & INOVASI BIL. 1/2017

    NILAI, USIM. 28.9.2017. Kursus Induksi Penyelidikan telah diadakan dengan kerjasama antara Pusat Pengurusan Penyelidikan (PPP) dan Pusat Pengembangan Integrasi Ilmu Naqli & Aqli (PIINA). Kursus ini bertujuan untuk mendedahkan pengetahuan berkaitan penyelidikan daripada para pakar yang dijemput khas kepada pensyarah USIM.