6 Julai 2022, Kuala Terengganu – Lawatan Penanda Aras Pasukan Pelaksana ISMS USIM ke Pusat Pengurusan dan Penjaminan Kualiti, UMT telah diadakan pada 6 Julai 2022. Seramai sebelas (11) orang staf USIM dari Pusat Jaminan Kualiti (CQA), Pusat Pembangunan Sistem dan Kejuruteraan (SDEC), Pusat Pemasaran dan Kemasukan Pelajar (PPKP), Bahagian Pematuhan Syariah, Integriti, Pengurusan Risiko Dan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (SCIROSH) telah terlibat dengan lawatan ini.

Tujuan lawatan ini adalah untuk mendapatkan perkongsian ilmu dan pengalaman daripada UMT khususnya dalam pengurusan pelaksanaan Pensijilan ISO/IEC 27001:2013 Sistem Keselamatan Maklumat (ISMS) selain berkongsi mengenai amalan terbaik yang dipraktikkan di UMT dalam konteks pemerkasaan kualiti.