16 Mei 2024, Pusat Jaminan Kualiti (CQA), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah mengadakan Lawatan Penanda Aras ke Bahagian Pengurusan Kualiti (BPQ), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).  Lawatan ini bertujuan untuk berkongsi maklumat dan kaedah pelaksanaan pengurusan kualiti akademik di peringkat universiti. YBhg. Prof. Madya Dr. Azwani Sofia binti Ahmad Khiar, Pengarah CQA telah mengetuai delegasi CQA USIM ke BPK, UPSI bersama-sama Timbalan Pengarah dan pegawai-pegawai daripada Bahagian Jaminan Kualiti Akademik dan Akreditasi, Pusat Jaminan Kualiti, USIM.

 

Dari sesi  perbincangan meja bulat bersama Bahagian Penjaminan Kualiti, UPSI, pihak CQA USIM turut dibawa menelusuri keindahan kampus utama UPSI yang terkenal dengan sejarah sebagai bitara dalam kepimpinan pendidikan Malaysia.