23 – 24 Julai 2024 – Pusat Jaminan Kualiti telah mengadakan Kursus Juruaudit Audit Dalaman Bersepadu (ADaB) Bagi Skop ISO 9001:2015 dan MS ISO 1900:2014 tahun 2024. Kursus yang telah diadakan selama 2 hari bertempat di Bilik Seminar Ibn Masud,FPQS ini bertujuan untuk memantapkan peserta dengan kemahiran yang diperlukan bagi mengendalikan audit bagi skop ISO 9001:2015 dan MS ISO 1900:2014 dengan pendekatan yang berkesan semasa Audit Dalaman Bersepadu (ADaB) Tahun 2024. Kursus ini telah dikendalikan sepenuhnye oleh Konsultan yang dilantik oleh Pusat Jaminan Kualiti dan seramai 50 orang peserta telah menghadiri kursus ini.