21 Jun 2024 – Sebagai salah satu usaha pemantapan pengurusan kualiti akademik, Bahagian Jaminan Kualiti Akademik dan Akreditasi (AQAD) telah mengadakan Bengkel Semakan Sistem Semakan Kurikulum V2 di Bilik Seminar Aras 4, Perpustakaan USIM. Bengkel ini yang disertai oleh seramai ketua program fakulti/pusat adalah bertujuan untuk menyemak dan mendapat pandangan daripada peserta tentang penambahbaikan yang telah dilakukan kepada Sistem Semakan Kurikulum v1 yang sedia ada.