21 Jun 2022, Nilai – Bengkel Penyelarasan Pelaksanaan Pensijilan Iso 27001:2013 Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS) telah diadakan sebanyak tujuh (7) siri bermula dari bulan September 2021 sehingga bulan Jun 2022. Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk persediaan pelaksanaan Pensijilan ISO/IEC 27001:2013 yang diperlukan bagi memenuhi keperluan pembangunan, pengoperasian, pemantauan Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS) di USIM. Ini dapat meningkatkan kompetensi Universiti dalam pembangunan sistem selaras dengan prinsip keselamatan maklumat.

Jabatan yang terlibat dengan pelaksanaan pensijilan ini adalah Pusat Jaminan Kualiti (CQA), Pusat Pembangunan Sistem dan Kejuruteraan (SDEC), Pusat Pemasaran dan Kemasukan Pelajar (PPKP), Bahagian Pematuhan Syariah, Integriti, Pengurusan Risiko Dan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (SCIROSH), Jabatan Pendaftar, Jabatan Bendahari, Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP), Usim ‘Alamiyah, Jabatan Keselamatan, Pusat Perumahan Pelajar (PRUPEL), Bahagian Pengurusan Akademik (BPA), Jabatan Pembangunan Dan Pengurusan Fasiliti (JPPF) dan Jabatan Undang-undang (JUU). Encik Nazim Harun dari Tujuan Cahaya Resources telah dipilih sebagai penceramah/konsultan bagi membimbing para peserta bengkel ini.

SIRI BENGKEL TARIKH
Siri 1: Bengkel Membangunkan Metodologi Penilaian Risiko 20 Sep 2021
Siri 2: Bengkel Melaksanakan Penilaian Risiko 21 Sep 2021

27-28 Okt 2021

Siri 3: Bengkel Melaksanakan Risk Treatment Plan 29 Okt 2021
Siri 4: Bengkel Menghasilkan Statement of Applicability (SoA) 29, 30, 31 Mac 2022
Siri 5: Bengkel Mengenalpasti dan Membangunkan Manual ISMS Prosedur Utama, Prosedur Operasi, Arahan Kerja, Dokumen Wajib dan Borang Berkaitan 11, 12, 30, 31 Mei 2022

Siri 6: Bengkel Menentukan dan Membangunkan Dasar & Objektif ISMS 13 Jun 2022
Siri 7: Bengkel Mengenalpasti dan Menetapkan Apa Yang Perlu Diukur dan Menetapkan Kaedah untuk Pemantauan, Pengukuran, Penganalisaan dan Penilaian 20, 21 Jun 2022