BENGKEL HALA TUJU DAN PELAN STRATEGIK PUSAT JAMINAN KUALITI (CQA) TAHUN 2026

12 Febuari 2026 – Pusat Jaminan Kualiti, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah mengadakan Bengkel Hala Tuju dan Pelan Strategik Jabatan bertempat di Holiday Inn Sepang.

Bengkel tersebut telah dirasmikan oleh YBrs. Prof. Madya Dr. Nathasa Mazna Ramli, Pengarah Pusat Jaminan Kualiti (CQA). Objektif kepada penganjuran bengkel adalah bertujuan untuk membincangkan, merangka dan menetapkan perkara-perkara seperti:-

  • Takwim aktiviti jabatan untuk sepanjang tahun 2026 (perancangan kursus/bengkel/program/aktiviti);
  • Perancangan Pelan Strategik USIM 2026-2035;
  • Sasaran Kerja Tahunan (SKT) jabatan sepanjang tahun 2026;
  • Perancangan membangunkan Garis Panduan Baharu;
  • Persediaan Penilaian Pematuhan Akreditasi Penuh Program Akademik

Secara keseluruhannya, Bengkel Hala Tuju dan Pelan Strategik CQA tahun 2026 berjaya mencapai objektif yang ditetapkan dalam menyelaraskan visi dan misi jabatan agar selari dengan kehendak dan keperluan USIM untuk tempoh yang akan datang.