11 -15 Mac 2024 – Audit Pemantauan ISO 9001:2015 dan MS 1900:2014 USIM bagi Skop Perkhidmatan Pendidikan Tinggi Peringkat Tamhidi, Prasiswazah dan Pascasiswazah dan Penyediaan Perkhidmatan Korporat USIM telah dilaksanakan pada 11 Mac hingga 15 Mac 2024 oleh SIRIM QAS International Sdn. Bhd yang terdiri daripada 8 orang Juruaudit. Sebanyak 20 Pusat Tanggungjawab telah diaudit sepanjang audit berlangsung. Hasil pengauditan terdapat 1 NCR, 8 OFI bagi SPK ISO 9001:2015 manakala 1 OFI bagi SPK berasaskan Syariah MS 1900:2014. Mesyuarat Pembukaan dan Penutupan telah dipengerusikan oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa).