Penganjuran Sambutan World’s Quality Day Peringkat USIM bertujuan untuk memperteguhkan amalan nilai-nilai budaya kualiti dan inovasi di USIM. Cadangan program anjuran Universiti di bawah koordinasi CQA ini merupakan satu program yang menggabungkan beberapa elemen berkaitan dengan kesedaran untuk meningkatkan produktiviti, kualiti dan inovasi di USIM

Pertandingan Q-RACE
22 November 2024
8 PAGI
KOMPLEKS SUKAN TUNKU NAJIHAH USIM

SYARAT DAN TERMA PERTANDINGAN Q-RACE HKS USIM 2024 

(1) Penyertaan terbuka kepada kakitangan USIM sahaja dan terhad kepada lima belas (15) pasukan terawal yang mendaftar;
(2) Tiada yuran penyertaan akan dikenakan;
(3) Penyertaan boleh dibuat secara berpasukan seramai enam (6) orang ahli terdiri daripada tiga (3) orang lelaki dan tiga (3) orang perempuan sama ada dari PTJ yang sama atau berlainan;
(4) Semua peserta mesti sihat tubuh badan dan tidak mempunyai sebarang penyakit kronik;
(5) Format pertandingan adalah mengikut kepantasan setiap pasukan dalam menyelesaikan setiap tugasan yang telah diberikan;
(6) Penggunaan kenderaan bermotor/ beroda semasa Q-Race adalah tidak dibenarkan.

 Hadiah menarik menanti pemenang iaitu:

Tempat Pertama: Wang tunai bernilai RM700.00
Tempat Kedua: Wang tunai bernilai RM500.00
Tempat Ketiga: Wang tunai bernilai RM300.00
Tempat Keempat :Wang tunai bernilai RM200.00
Tempat Kelima : Wang tunai bernilai RM100.00

PENDAFTARAN

 

PERTANDINGAN INFO GRAFIK KUALITI

Tarikh: 25 Oktober 2024 (Jumaat) hingga 8 November 2024 (Jumaat)

SYARAT DAN TERMA PERTANDINGAN MENCIPTA POSTER HKS USIM 2024 

(1) Penyertaan terbuka kepada kakitangan USIM sahaja;
(2) Tiada yuran penyertaan akan dikenakan;
(3) Hasil karya mestilah asli dan dihantar sendiri oleh peserta dalam format JPEG/PNG dan bercetak saiz A1 (24×36 inci);
(4) Pemarkahan adalah berdasarkan:
– Ilustrasi dan grafik
– Olahan poster dan tagline
– Menepati tema iaitu berkaitan kualiti
– Hadith dan terjemahan berkaitan kualiti
– Kekemasan
– Keaslian karya
(4) Bahasa yang boleh digunakan adalah Bahasa Melayu sahaja;
(5) Peserta bebas menggunakan mana-mana aplikasi untuk menghasilkan poster;
(6) Poster yang dihasilkan tidak boleh sama sekali mengandungi unsur-unsur negatif yang menyentuh sensitiviti perkauman, kebudayaan dan keagamaan;
(7) Setiap penyertaan akan menjadi hakmilik penganjur dan akan digunakan dalam sebarang aktiviti promosi.

HADIAH PERTANDINGAN:

 Hadiah menarik menanti pemenang iaitu:

Tempat Pertama: Wang tunai bernilai RM300.00
Tempat Kedua: Wang tunai bernilai RM150.00
Tempat Ketiga: Wang tunai bernilai RM100.00

PENDAFTARAN