16 Julai 2024 – Bahagian Penjaminan Kualiti Akademik dan Akreditasi (AQAD), telah mengadakan Bengkel Juruaudit Audit Kendiri Akademik kepada juruaudit Audit Kendiri Akademik yang telah dilantik sebagai persediaan menjalankan Audit Kendiri Akademik di USIM.  Bengkel ini yang diadakan selama satu (1) hari di Executive Lounge Aras 6, Bangunan Canselori USIM ini telah disertai oleh Juruaudit Audit Kendiri Akademik yang dilantik.  Objektif bengkel adalah bagi memberi latihan kepada Juruaudit Audit Kendiri Akademik berkenaan proses dan tatacara menjalankan audit program akademik serta  pendedahan berkaitan format penilaian dan kaedah pelaporan Audit Kendiri Akademik